Mengapa Adsense? Mengapa Pungguk ingin membicarakan Adsense dengan anda? Ingat senang ke Pungguk nak buat duit di internet macam anda semua? Susah. Inilah kali pertama Pungguk berjaya melepasi semua saringan dan akhirnya diterima melalui adsense. Nampak macam senang sebab Pungguk lepas hanya dengan satu kali percubaan. Maklumlah, Pungguk Intelligent. Kalau tak, macam mana nak kawin nanti kan? Anak bini siapa nak bagi makan..Eh, ada kaitan ke?

Kadang-kadang kita lupa, walaupun kita senang lepas untuk diterima oleh Google. Kalau dulu, buatlah macam-macam cara. Tapi susah nak lepas. Sekarang, pelbagai cara telah dibuat dan nampaknya, memang senang nak lepas. Kalau anda pernah ditendang keluar dari program ini. Alamat agak sukar untuk diterima balik. Jalan penyelesaian, buatlah akaun dummy cam orang lain buat. Inilah perkara yang ramai orang lupa. Bila dah kena tendang. Baru nak menghargai adsense..Ingat Google bodoh ke? Pungguk pun tak bodoh tau..

Bak kata Pungguk. Kalau nak buat duit dengan Google atau program lain. Ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguhlah. Jangan wat bodo je. Walaupun income Pungguk dengan Adsense baru seciput dua. Tapi harap dalam tempoh 3-4 bulan ini. Pungguk akan dapat cek yang pertama. Maklumlah, takkan Pungguk nak cashkan guna western union. Matilah tak di approve sebab Pungguk ni kan burung.Hehe..

Apapun. Jangan kita lupa satu perkara. Adsense ini ibarat chewing gum. Mula-mula dia rasa manis sangat. Habis gulanya, korang buang merata-rata kan? So, macam mana caranya nak kekalkan kemanisan chewing gum Adsense ni? Belajar dari kesilapan..

Comments

11 Responses to “Adsense. Kadang-kadang Kita Lupa..”

  1. Sarah on October 19th, 2007 7:10 am
    Kadang-kadang kita lupa. Bahawasanya, Adsense ni hanya salah satu cara buat duit di internet. Sebenarnya banyak lagi cara lain. Tapi biasalah. Melayu kan mudah lupa..
  2. Nadzal on October 20th, 2007 4:34 am
    Tak juga sarah. Ada banyak cara yang senang. Tapi Adsense nih susah sikit. Tak ramai yang tahu cara nak tackle earning diorang. Yang diorang tau, buat fraud click aje..
  3. Angah on October 20th, 2007 5:07 am
    No wonder many people like to earn by adsense today. I also hope i can start earn from adsense. Just need more guidelines and need some time.

    Right now. Really busy. Yes. I agree. Adsense is the best. Many my friends earn well today.
  4. zool on October 21st, 2007 1:46 pm
    Bukan senang nak dapat adsense..
    Saya pun akui masih bertatih lagi…
    walaupun begitu sekurang2nya setiap bulan dapat juga beberapa sen untuk dikumpulkan..
  5. naem on October 21st, 2007 2:05 pm
    betul juga cakap sarah tu…cuma jauh dalam di hati saya, ada satu persoalan je..

    adsense adalah cara yang mudah, lebih berkesan,lebih cepat dan lebih lumayan berbanding yang lain..

    so, mengapa tidak kita sebagai orang baru dalam dunia internet ni menumpukan pada satu2 jenis peluang pendapatan dulu..

    lepas tu baru la berjinak ke alam usahawan online yang sebenarnya..
  6. zuma on October 22nd, 2007 9:57 am
    Ai sarah. Memang melayu mudah lupa. Tapi tak salahkan kalau kita tumpu 1-2 program je kan? Fokus itu penting dalam business dan kehidupan harian.

    Tak gitu?
  7. Nadzal on October 23rd, 2007 6:21 pm
    Dah nama orang baru. Memang suka cuba macam-macam. Apapun. Sebenarnya tak ada masalh. Janji diorang happy dan bahagia. Dan jangan salahkan sesiapa kalau tak dapat buat duit dari internet..

    Ada caranya dan mesti fokus. Tapi fokus 10 program lebih baik dari fokus 1 program bukan?
  8. surfaddict on October 24th, 2007 9:13 am
    kalau sy cara adsense paling susah, sbb nak marketing kan site tu..sy ni pemalas byk.

    Tp, dari segi cost, mmg adsense boleh dilakukan dgn zero investment. yg penting pandai guna segala kemudahan yg diberikan secara free.
  9. Nadzal on October 26th, 2007 10:41 am
    Yap. Yang penting kita kena fokus. Kalau ada adsense saja pun tak apa. Janji kene fokus selalu.
  10. emet on March 8th, 2008 5:42 am
    Adsense aku baru ada U$D 7.50 :D

    Anyway, taklah sedih sgt. Coz aku pon buat main2 jer… InsyaAllah dlm masa terdekat ni nak wat adsense balik dengan serius.. :)
  11. Nadzal on August 16th, 2008 9:28 am
    Oklah tu. Kami sikit aje..:(

Leave a Reply




------------------------------
Kunststoffe und Weichschaumstoffe zuschneiden
Human Hair Extensions
Home Theater Installers
------------------------------